Kuah durian dan Pulut
Kuah Durian dan pulut
Ada juga penggemar kuah durian ini memakannya dengan roti putih
Pulut durian ini terdiri dari dua bahan iaitu pulut dikukus bersama santan dan kuah durian yang digunakan untuk dimakan bersama pulut.
(Ada juga yang menggunakan pulut yang dikukus kosong, iaitu pulut dikukus tanpa garam dan santan sehingga masak)
Pulut Kukus
Bahan bahan:
* 2 cawan beras pulut (lebihkurang 1/2 kg) – rendam semalaman atau 4 jam
* 1/2 cawan santan pekat. secukupnya + secubit garam (Ukuran biasa yang saya gunakan, 1/2 kg pulut = 2 biji santan pekat kira-kira 400g)
* 2 helai daun pandan – carikkan
Cara-cara :
Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 30 minit. Angkat dan masukkan ke dalam bekas. (Biasanya gunakan daun pisang sebagai alas/pelapik)
Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut. Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kukus semula selama 30 minit atau hingga masak.
Kuah Santan/durian
Bahan bahan:
-1 1/2 cawan santan pekat (lebihkurang 300ml)
- 3 cawan air
- 2 sudu kecil garam - mesti ada rasa masin (mengikut kesukaan)
- 1 helai daun pandan
- Gula putih atau gula melaka secukup rasa
- 1 sudu kecil tepung jagung - larutkan dgn sedikit air
- 10 ulas durian
(Ada orang suka masukkan durian setelah kuah/ sos masak. Saya lebih suka masukkan sekali supaya rasa durian meresap kedalam kuah)
Cara cara:
- gula melaka dimasak dengan air sehingga mendidih. Biarkan sedikit sejuk dan tapis air gula kedalam bekas.. Jika menggunakan gula pasir, masukkan terus bersama santan dan air.
- Masukkan durian, air gula melaka, gula pasir (jika perlu), santan, daun pandan diikat kedalam periuk dan masak pada api sederhana.
- Tambahkan sedikit garam untuk menaikkan rasa lemak santan.
- Perlu selalu dikacau untuk mengelakkan menjadi minyak. Masak sehingga mendidih.
- Tutup api dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh. Terus dikacau supaya tidak berketul. Kalau agak cair masukkan sedikit lagi bancuhan tepung. Boleh agak-agak kepekatan yang disukai. Pastikan kuah santan mempunyai rasa yang sedikit masin supaya dapat menyeimbangi rasa manis isi durian dan pulut.
Comments
Post a Comment