Ayam goreng mamak style

 Korang suka ayam goreng mamak? Nah acik blanje sepinggan.. takyah pegi mamak dah.. korang godek2 la résépi ni ye.. nak kerak, tanak kerak, nak pedas, tanak pedas, ikut ekau la Milah..


------------------------------


Ayam goreng mamak style

Ayam drumstick - 10ketul

Blend;
Halia 2 inci
Bawang putih 6 ulas

Bahan rempah;
Serbuk ketumbar 1/2 sudu
Serbuk jintan putih 1/2 sudu
Serbuk kari ayam 1 sudu
Serbuk kunyit 1 sudu kfc
Serbuk cili 2 sudu
Garam 2 sudu kfc
Cukup rasa 1 sudu kfc
Tepung beras 1 sudu
Tepung jagung 1 sudu
Telur 1 biji (optional, taknak letak pun takpe)
Daun kari 2 tangkai

*kalau nak kerak tebal, tambah telur & lebihkan sikit tepung beras & tepung jagung..
Gaulkan bahan blend & rempah dengan ayam. Perap dalam 1/2 jam dalam peti sejuk.

Goreng dengan minyak banyak, tabur daun kari semasa menggoreng. Goreng ayam hingga garing.


Cdt: ahmad shinoda

Comments

Popular posts from this blog

MINUMAN : AIR JIMI ASMARA

AYAM GOLEK