Ayam Masak Merah Kenduri Kahwin....masa arwah mak mertua saya ada, saya sellu tolong dia masak. Kalau ada nak buat kenduri apa2 sayalah yg jadi org kanan masa tu..Aaaaa....dari situlah baru saya tahu macamana ayam masak merah ni dimasak. Klau ada yg nak mencuba silalah resepi kat pic yerrr.
6 ketul ayam bhgian isi
Bawang besar 2 biji *
Bawang merah 4 biji *
Bawang Putih 4 biji *
Halia seinci *
Cili kering kisar 4 sudu besar
Sos cili 4 Sudu besar
Air asam jawa/asam keping terpulang
Garam dan gula sscukup rasa.
Bahan utk rebusan ayam
Air, Garam, kunyit, halia seinci, bawang putih 2 biji diketuk biar pecah2 je dan sehelai dain pandan
Cara2
Ayam direbus bersama dengan bahan untuk rebusan ayam tu. Rebus sampai ayam masak kemudian angkat dan toskan. Kemudian goreng sekejap sebab ayam dah masak tak yah lah goreng garing sangat.
Blender bahan yg bertanda kemudian tumis sampai garing masukkan cili kering kisar kacau lg sampai garing dan masukkan sedikit air panas dlm setengah cawan je serta air asam jawa, gula, garam dan sos cili kacau lg sampai warna merah sambal tu jadi merah gelap sikit. Kemudiam masukkan ayam dan sedikit air panas lagi utk jadikan ayam masak merah tadi berkuah sedikit setelah hkuah sambal tadi dah jadi sedikit pekat angkat dan tabur sedikit daun saderi utk hiasan. Sekiranya tuan/puan suka masak guna perasa masukkan sedikit perasa terpulanglah. Selamat mencub yerr.
Cdt: Fatilawati Mhd Ysn

Comments
Post a Comment