Ayam goreng mamak style
Korang suka ayam goreng mamak? Nah acik blanje sepinggan.. takyah pegi mamak dah.. korang godek2 la résépi ni ye.. nak kerak, tanak kerak, nak pedas, tanak pedas, ikut ekau la Milah.. ------------------------------ Ayam goreng mamak style Ayam drumstick - 10ketul Blend; Halia 2 inci Bawang putih 6 ulas Bahan rempah; Serbuk ketumbar 1/2 sudu Serbuk jintan putih 1/2 sudu Serbuk kari ayam 1 sudu Serbuk kunyit 1 sudu kfc Serbuk cili 2 sudu Garam 2 sudu kfc Cukup rasa 1 sudu kfc Tepung beras 1 sudu Tepung jagung 1 sudu Telur 1 biji (optional, taknak letak pun takpe) Daun kari 2 tangkai *kalau nak kerak tebal, tambah telur & lebihkan sikit tepung beras & tepung jagung.. Gaulkan bahan blend & rempah dengan ayam. Perap dalam 1/2 jam dalam peti sejuk. Goreng dengan minyak banyak, tabur daun kari semasa menggoreng. Goreng ayam hingga garing. Cdt: ahmad shinoda