Posts

Showing posts from June, 2022

Sambal tempoyak goreng

Image
SAMBAL TEMPOYAK GORENG BAHAN-BAHAN - 10-12 bij i cili padi (ini pun bgtg kpd thp ketahanan korang terhadap kepedasan cili) - segenggam ikan bilis (bersihkan dan rendam sampai lembut sikit) - 4 sudu besar tempoyak - sedikit garam (Pilihan tambahan) - bawang putih dan bawang besar untuk menumis - Bawang besar di potong melintang (berbentuk cincin/ bulat untuk pemanis sambakl) -  CARA PENYEDIAAN - Tumbuk cili sampai lumat. Kemudian dlm lesung yang sama tambah ikan bilis. Tumbuk sampai ikan bilis pecah-pecah. (Boleh juga dibuat gorengkan ikan bilis berasingan) - Tambah tempoyak dan secubit garam kemudian gaul sehingga sebati - Panaskan minyak, tumis campuran tadi sehingga garing..angkat dan hidang. Cara lain (Kuantiti mengikut selera senditi) - Potong mayang bawang putih dan bawang besar - tumbuk  cili api sampai agak lumat. - Panaskan minyak, dan masukkan bawang putih dan bawang besar yang dipotong sebelumnya. - Setelah bawang sedikit layu, masukkan cili api tumbuk. Goreng sehing...

AISKRIM DURIAN HOMEMADE

Image
  AISKRIM DURIAN HOMEMADE BAHAN-BAHAN: 1 cawan isi durian – letak lebih banyak, lagi sedap 1 tin susu cair 3 sudu makan susu pekat – kalau suka manis, boleh tambah 1 sudu makan ovalette (pastikan yang halal) – kalau tak ada, boleh gantikan dengan 1 biji telur Sedikit pewarna kuning CARA PENYEDIAAN: 1. Satukan semua bahan dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan hancur. 2. Kemudian pukul sekali lagi menggunakan  mixer  sehingga kembang. 3. Tuang adunan aiskrim ke dalam bekas bersaiz 1.5 liter. 4. Bekukan dalam peti sejuk dan boleh dinikmati pada bila-bila masa.

Kuah durian dan Pulut

Image
  Kuah Durian dan pulut Ada juga penggemar kuah durian ini memakannya dengan roti putih Pulut durian ini terdiri dari dua bahan iaitu pulut dikukus  bersama santan dan kuah durian yang digunakan untuk dimakan bersama pulut. (Ada juga yang menggunakan pulut yang dikukus  kosong, iaitu pulut dikukus  tanpa garam dan santan sehingga masak) Pulut Kukus Bahan bahan: * 2 cawan beras pulut (lebihkurang 1/2 kg) – rendam semalaman atau 4 jam * 1/2 cawan santan pekat. secukupnya + secubit garam (Ukuran biasa yang saya gunakan, 1/2 kg pulut = 2 biji santan pekat kira-kira 400g) *  2 helai daun pandan – carikkan Cara-cara : Tos pulut dan masukkan dalam pengukus. Kukus selama 30 minit. Angkat dan masukkan ke  dalam bekas. (Biasanya gunakan daun pisang sebagai alas/pelapik) Tuang santan yang digaul bersama garam. Gaul bersama santan hingga rata. Tuang santan sedikit sedikit sehingga pulut lembut.  Masukkan kembali pulut ke dalam pengukus bersama daun pandan dan kuku...

WAJIK atau Nasi Manis

Image
  RESIPI WAJIK TURUN TEMURUN (PULUT KACAU) BAHAN- BAHAN: 1kg beras pulut 1kg gula merah 2 cawan gula putih Santan secukup lemak (selalu saya buat sukatan 1kg pulut, santan dalam 1/2kg lebih sikit) Daun pandan CARA MEMASAK: Beras pulut direndam 4-5jam Dan kukus spt biasa kemudian sejukkan Masak gula merah dan tapis dahulu kemudian masukkan gula putih Masukkan santan & daun pandan Masak sehingga agak-agak nak pekat (jgn pekat sgt) dan masukkan pulut yg dikukus asing tadi Kemudian kacau lagi sehingga agak2 pekat likat (mcm meletop2 gitu 😆) Jgn terlalu pekat atau terlalu lembik Tutup api dan masukkan dalam bekas Siap! Kongsi resipi: Fyza Eky   RESIPI WAJIK PULUT BAHAN-BAHAN: 500gm beras pulut (lbh kurang 3 1/2 cwn arcopal) *300gm gula melaka @ gula merah *200gm gula pasir bahan * dimasak dengan 1 cawan air 2 cawan santan pekat 1 helai daun pandan Daun pisang utk alas talam/loyang 4-6 @ lebih ulas durian (diambil isinya) – bagi yg suka durian.. idea dari zaina.. CARA MEMASAK: ...