Posts

Showing posts from December, 2022

Paprik sayur / ayam

 Bahan utama - SOS TIRAM - SOS CILI - KICAP (saya suka kicap leak masin) - bawang putih, bawang besar, halia, serai, cili padi PAPRIK SAYUR Bahan-bahan: 3 ketul ayam - goreng hingga masak 1 in halia - hiris 1/2 bj bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih- ketuk 1 btg serai - ketuk 10 bj cili padi - ketuk 1 btg cili besar - hiris Capsicum - hiris 2 sb sos cili 2 sb sos tiram 1 sb kicap 1 helai daun limau purut Mix vege ( carrot, jagung mini, kobis bunga etc ) Daun bawang dan daun sup Kaedah: 1. Ayam yg telah digoreng dipotong sederhana kecil.Ketepikan 2. Tumis hirisan halia, bawang besar, bawang putih dan serai seketika 3. Masukkan cili besar, cili padi dan capsicum. Kacau 4. Masukkan sos cili, sos tiram, kicap, ayam dan daun limau purut. Kacau rata 5. Masukkan mix vege dan sedikit air jika perlu 6. Tutup seketika  ( Jgn sampai sayur lembik sgt ) 7. Hias dgn daun bawang dan daun sup sblm dihidang * Penggunaan garam tidak perlu kerana sos tiram telah masin * Ayam sengaja diletak...

CHAP CHAI

  Bahan untuk 1-2 orang makan: 3 Bawang Merah (dihiris) 3 Bawang Putih (diketuk) Kobis bunga Kobis brocolli Sweetpea Jagung muda Lobak merah Cendawan butang Cendawan tiram Sos Tiram Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh tapi tak power) air tepung jagung (memekatkan kuah) Minyak zaitun Gula, garam dan ajinomoto secukup rasa Cara Tumis bawang merah dan bawang putih. Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas. Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, ajinomoto secukup rasa lidah orang Thailand. Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.