Posts

Showing posts from May, 2022

Rebung Masak Lemak Cili Api

Image
Sumber   Aneka Resepi Sayur Bahan-bahan: 500 gram rebung jeruk 3 cawan santan pekat 2 batang serai (diketuk) 20 biji cili api (dikisar) 3 biji bawang merah (dikisar) 1 inci kunyit hidup (dikisar) garam secukup rasa * kalau nak masak dengan udang pun boleh ikut cita rasa Cara-cara: Rebuskan rebung dengan garam sehingga lembut. (toskan). Masukkakn bahan yg dikisar, serai, rebung dan didihkan perlahan. Apabila mendidih, masukkan santan dan garam. Kacau dan pastikan minyak tidak pecah. Api boleh ditutup jika sudah pekat. Siap dihidangkan.

Masak lemak rwbung + udang

Image
  Bahan-bahan: Rebung secukupnya (anggaran 4 – 5 cawan rebung yang telah siap dihiris atau disagat nipis) 6 ekor udang saiz sederhana besar (che mat guna udang harimau) 1 batang serai, diketuk 1 helai daun kunyit, disiat 1 keping asam gelugor 1 kiub ikan iblis (optional) 3/4 cawan pati santan Garam dan gula secukup rasa Air secukupnya Bahan Kisar Halus: 1 biji bawang besar saiz sederhana 4 biji bawang merah kecil 1 ulas bawang putih 1/2 inci belacan 2 inci kunyit hidup 3 biji cili merah Cara-cara: Rebung dicuci dan toskan, kemudian rebus dalam air mendidih yang dimasukkan sedikit garam. Rebus hingga rebung lembut, toskan hingga kering. Udang digunting muncung tajamnya dan juga kaki2 kecil. Bersihkan kotoran dibahagian dalam kepala udang, cuci dan ketepikan. Masukkan rebung dan serai ke dalam periuk. Tambah bahan2 kisar halus dan kacau rata. Tuang air hingga rebung tenggelanm dan masak hingga mendidih. Masukkan kiub ikan bilis dan asam gelugor. Masuk udang, kacau dan masak hingga ud...

Keladi masak lemak cili api

Image
  BAHAN-BAHANNYA :-) - 1/2 ketul keladi (kurang lebih sebesar penumbuk orang dewasa) - Batang keladi yang telah siap bersiang secukupnya  - 2 keping asam gelugor - 1 genggam ikan bilis tamban saiz besar, direndam 20 minit ( nak pakai ikan bilis biasa pun boleh) - 2 batang serai, diketuk - 1 helai daun kunyit, disiat - 1 kotak santan Kara ( 200 ml) *  1/4 cawan air panas * ( *disatukan dan kacau rata ) (Biasanya saya lebih suka gunakan santan segar, lebih wangi dan manis) - Garam dan gula secukup rasa BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :-) - 5 biji bawang merah - 2 ulas bawang putih - 1 1/2 inci kunyit hidup (pakai serbuk kunyit pun boleh) - 1/4 cawan cili padi kampung (che mat campur yang merah dan hijau) - 1/2 inci belacan - Air secukupnya CARA MEMBUATNYA :-) - Kupas keladi, potong kiub besar2 dan rebus 1/2 empuk. Keluarkan dan dalam periuk yang sama, masukkan sekeping asam gelugor dan celur batang keladi hingga lembut, pastikan lembut untuk mengelakkan rasa gatal masa makan nanti....

RENDANG MINANG AYAM PENCEN

 Bahan2 1 - 1 ekor ayam pencen ( biasanya sekitar 1.5kg) dipotong 16 2 - bawang putih - 5 ulas (blender) 3 - bawang besar - 3 biji (blender) 4 - halia 1 inci (blender) 5 - kunyit 1 inci (blender) 6 - lengkuas 4 hiris (blender)  7 - ketumbar (pilihan ada yang suka ada yang tidak, saya jarang pakai) - (blender) 8 - kerisik 1 paket (80gm) 9 - guna melaka (gula melaka tulin, sekadar 1/2 inci) 10 - Santan 1 biji kelapa (200gm) 11 - minyak kelapa (sedikutvuntuj menumis). Tak pakai pun takpe. 12 - serai - dua batang (hiris halus - blender) Cara membuat 1 - blender

NANGKA MASAK LEMAK

Image
  Bahan Masak lemak nangka: 300 gm nangka muda-rebus hingga lembut 250 ml santan 100 gm ikan bilis 3 ulas bawang merah 2 ulas bawang putih 2 cm kunyit hidup 1 cm halia 6 btg cili padi 2 btg serai – diketuk 1 keping asam keping Sedikit garam Air Sedikit minyak masak Cara cara penyediaan    Nangka Masak Lemak  : Kisar ikan bilis, bawang merah, bawang putih    kunyit, halia dan cili padi bersama air secukupnya. Panaskan sedikit minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan nangka yang telah lembut.Masak dan kacau hingga mendidih. Masukkan serai dan asam keping. Masukkan santan dan kacau.Jangan hingga pecah minyak. Masukkan garam secukupnya.

Sambal asam rong (bakar)

Image
  Sambal asam rong (ada jugs panggil rom) dibuar dari bshsn yang ringkas. Cara yang sama juga boleh dibuat mdnggunakan buah getsh yang segar ( baru jatuh) Bahan2... 1 - asam rom yang telah siap dibuat. (Kepalkan) 2 - cili api - sekadar 5 biji bagi setiap kepal 3 - Garam secukup rasa (Lebihkurang 1/2 camca setiap dua kepal) Gunakan kuali leper untuk membakar. Cara membuatnya. 1 - Kepalkan asam rom mengikut kuantiti yang dikehendakki.  Sekitar dua kepal memadai. Perag minyak rom dari kepalan yang dibuat (jika ada). Ketepikan dahulu. 2 - Tumbuk cili sampai hancur sedikit, masukkan rom yang dikepal tadi, kacau rata dan masukkan garam. Boleh tumbuk sedikit jika mau untuk lebih nampak sebati. 3 - letakkan diatas kuali leper dan tepekkan rata seperti lempeng tebal. Ada juga yang meletakkan sedikit minyak atas kuali untuk elakkan melekat. Asam rom ini sendiri sudah ada minyak, menyapu minyak dikuali adalah sebagai pilihan. Jika asam didapati agak kering, boleh disapu minyak dikuali. 4...

Resepi air katira

Image
  RESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR Bahan-bahan: 1 sudu besar katira 1 sudu besar biji selasih 3 biji kurma 3 biji kembang semangkuk 4 biji badam 4 helai daun pandan 4 sudu besar gula 1 liter susu segar *untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml Cara-cara: 1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap caw an. 2. Sekitar 4-6 jam, semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, dah boleh angkat dan toskan. 3. Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan. 4. Rebus daun pandan tadi dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan. 5. Apabila bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik, Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak t...

tempoyak patin resepi ibuku jerantut, pahang

Image
RESEPI PATIN TEMPOYAK DARI TANGAN IBU KAMI (JERANTUT, PAHANG) Masakan patin tempyak dari tempat kami, seperti yang dimasak oleh ibu kami adalah mudah.  Bahan-bahannya . 1 - Cili Api (ikut selera, kalau boleh biar pedas sedikit) 2 - Kunyit 3 - Garam 4 - Asam tempoyak 5 - Ikan Patin 6 - Daun Kesin/ Daun pijat (berbau aseperti pijat) - pilihan. ada yang suka ada yang tidak. Daun ni payah nak dapat walaupun senang nak tumbuh. (gambar ada dibawah) Baunya seperti pijat sebab tu ramai tak suka. Ada j7uga yang menggunakan daun kesum. Masakan asli pahang (tempat saya) tak guna daun ini. Cara-caranya 1 - tumbuk bahab 1, 2 dan 3 sekaligus. Tempat kami dipanggil awas. Ada juga yang yidak mau garam dicampur dahulu, hanya tumbuk garam dan kunyit sahaja, 2 - Masukkan kedalam belanga, campurkan air dan masukkan tempoyak.  Ukuran yang selalu saya gunakan adalah 3 atau 4 sudu besaruntuk 1 kg ikan. Sekiranya kurang masam boleh ditambah. Kebiasaannya kalau tempoyak pure (asli) tidak perlu ditamba...

MINUMAN : AIR JIMI ASMARA

Image
  RESEPI PATI AIR FANTA HIJAU/ AIR JIMI ASMARA Bahan-bahan: 3 kilogram gula pasir 2 liter air 1 botol kecil Sunquick Oren 330ml 1/2 botol pewarna hijau 1/2 botol perisa pisang CARA - CARA MEMBUATNYA: Masak air dan gula pasir sehingga mendidih dan gula larut Masukkan Sunquick Oren danpewarnahijau.Biarkan mendidih Tutup api,baru masukkan perisa pisang Kacau sebati dan sejukkan Simpan dalam botol  Bancuh dengan air dan tambah ais batu bila mahu dihidangkan *Petua-Masukkan sudu besi ke dalam periuk supaya air tidak melimpah bila mendidih Sumber resepi-Google Kredit Resepi:  Noraslinda Bugal dah pernah tulis dah pasal resipi AIR JIMI ASMARA kat sini.. 4 sudu gula 2 sudu Sunquick Oren 4 titis Pewarna Hijau Apple 2 titis Perisa/ Essen Pisang 2 gelas air masak Ice cube - Bancuh air masak bersama gula,sunquick oren,pewarna hijau dan esen pisang - Tambah ice cube.... - Slrupppp....!!! Aaaaaahhh..... Alhamdulillah