Resepi air katira

 

RESIPI AIR KATIRA ASLI JOHOR

Bahan-bahan:

  • 1 sudu besar katira
  • 1 sudu besar biji selasih
  • 3 biji kurma
  • 3 biji kembang semangkuk
  • 4 biji badam
  • 4 helai daun pandan
  • 4 sudu besar gula
  • 1 liter susu segar

*untuk versi Air Katira Abu Bakar, susu segar diganti dengan: 1 tin susu sejat + aiskrim soda 500ml

Cara-cara:

1. Buang biji kurma dan hiris halus. Kemudian masukkan kurma, biji selasih, katira dan kembang semangkuk di dalam cawan atau mangkuk berasingan. Masukkan air ke dalam setiap cawan.

air katira asli johor

2. Sekitar 4-6 jam, semua bahan ni akan mengembang. Jika dah kembang, dah boleh angkat dan toskan.

3. Sementara itu, potongkan badam. Cincang pun boleh. Carik halus daun pandan, sekadar untuk hiasan.


4. Rebus daun pandan tadi dengan air dan gula untuk dapatkan aroma serta warna hijau. Air katira Johor berwarna hijau lembut. Tiada pewarna tambahan atau esen pisang diperlukan.

5. Apabila bahan-bahan rendam tadi dah kembang cantik, Air Katira Johor yang asli kadang kala diletakkan kismis. Cincau tidak tergolong sebagai bahan asli dalam resepinya. Air Katira Abu Bakar yang merupakan salah satu jenama popular minuman ini, telah menambah bahan moden dalam ramuan mereka iaitu air berkarbonat aiskrim soda. Itu kira versi moden.


6. Sekarang kita dah boleh satukan semua bahan yang kita dah sediakan. Bahan rendam tadi, perlu tos dahulu. Jangan terus tuang dalam susu tu. Jangan lupa masukkan badam. Susu segar boleh diganti dengan campuran air dan susu sejat. Jika gunakan susu pekat manis atau minuman aiskrim soda, tak perlu tambah gula. Nanti manis sangat.

7. Air katira Johor dah siap! Sedap diminum sejuk. Beraroma, dan menyegarkan.

air katira asli johor

Lihat warnanya. Hijau lembut sahaja kan? Selamat mencuba ya.

air katira asli johor

Kredit: Kamarul Ariffin Nor Sadan










Comments

Popular posts from this blog

MINUMAN : AIR JIMI ASMARA

Keladi masak lemak cili api