tempoyak patin resepi ibuku jerantut, pahang


RESEPI PATIN TEMPOYAK DARI TANGAN IBU KAMI (JERANTUT, PAHANG)

Masakan patin tempyak dari tempat kami, seperti yang dimasak oleh ibu kami adalah mudah. 

Bahan-bahannya
.
1 - Cili Api (ikut selera, kalau boleh biar pedas sedikit)
2 - Kunyit
3 - Garam
4 - Asam tempoyak
5 - Ikan Patin
6 - Daun Kesin/ Daun pijat (berbau aseperti pijat) - pilihan. ada yang suka ada yang tidak. Daun ni payah nak dapat walaupun senang nak tumbuh. (gambar ada dibawah) Baunya seperti pijat sebab tu ramai tak suka. Ada j7uga yang menggunakan daun kesum. Masakan asli pahang (tempat saya) tak guna daun ini.

Cara-caranya

1 - tumbuk bahab 1, 2 dan 3 sekaligus. Tempat kami dipanggil awas. Ada juga yang yidak mau garam dicampur dahulu, hanya tumbuk garam dan kunyit sahaja,

2 - Masukkan kedalam belanga, campurkan air dan masukkan tempoyak. 

Ukuran yang selalu saya gunakan adalah 3 atau 4 sudu besaruntuk 1 kg ikan. Sekiranya kurang masam boleh ditambah. Kebiasaannya kalau tempoyak pure (asli) tidak perlu ditambah asam lain, bagi tempyak tak asli (ada campuran lain), asam keping perlu ditambah untuk memasamkannya lagi, tapi rasanya memang ada lri sikit.

3 - Masak sampai mendidh, kemudian masukkan ikan patin (yang telah dibersihkan dan disiang). Tunggu mendidih.  Masukkan garam sekiranya tidak dimasukkan ketika dalam bahahn tumbuk tadi. Mengikut kesihatan, garam seeloknya dimasikkan sebelum makanan diangkat. Sekiranya rasa masam dan masin kurang bolehlah tambah garam dan asam tempoyak. Seperti dinyatakan awal tadi. rasa tempoyak campuran tidak akan dapat menghasilkan masam yang cukup dan perlu ditambah asam keping. Kemudiahn baru tambahkan daun pijat (jika suka)

kemudian hidangkan...



ikan patin



daun pijat (daun kesin)






 

Comments

Popular posts from this blog

MINUMAN : AIR JIMI ASMARA

Keladi masak lemak cili api